Hazimah Zainuddin dilantik pengerusi baharu PUNB

Bernama
September 21, 2018 20:05 MYT
Datuk Hazimah Zainuddin dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) berkuat kuasa 24 September, 2018. - Foto fail Bernama
Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Hazimah Zainuddin sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) berkuat kuasa 24 September, 2018.
"Hazimah juga pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Scientex Bhd, ahli majlis Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) serta pengerusi Gabungan Persatuan Usahawan Wanita Malaysia (FEM)," kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan.
Turut dilantik ialah Pengarah Eksekutif JP Morgan Chase Bank Bhd, Nurjesmi Mohd Nashir dan Pengarah Urusan Accenture, Malaysia, Azwan Baharuddin.
--BERNAMA
#Hazimah Zainuddin #Matrade #Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd #PUNB #usahawan
;