Hayati sambutan Hari Air Sedunia dalam usaha pastikan sumber air dijaga - PM Anwar

Bernama
Mac 22, 2023 16:15 MYT
Menurut Anwar lebih tiga dasawarsa lepas, PBB menetapkan setiap 22 Mac sebagai sambutan Hari Air Sedunia. - Foto fb@Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Hari Air Sedunia hari ini mesti dihayati dan diinsafi dalam usaha memastikan sumber air dijaga serta dimanfaatkan sebaik mungkin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menerusi catatan di Facebook hari ini mengucapkan Selamat Hari Air Sedunia 2023.
"Kebersamaan kita penting agar usaha melestarikan sumber air dapat dilakukan secara tuntas demi masa depan generasi mendatang," katanya.
Menurut Anwar lebih tiga dasawarsa lepas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan setiap 22 Mac sebagai sambutan Hari Air Sedunia.
Tema sambutan Hari Air Sedunia kali ini ialah 'Accelerating Change' atau 'Memperpecepatkan Perubahan.'
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Facebook #PBB #Hari Air Sedunia
;