Hayati peristiwa turunnya al-Quran, jadikan ia panduan hidup - Sultan Selangor

Astro Awani
April 29, 2021 08:43 MYT
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin menyeru umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya kitab suci al-Quran. - Facebook Royal Selangor Office
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menyeru seluruh umat Islam agar menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya kitab suci al-Quran.
Baginda berdua bertitah demikian menerusi posting yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office bersempena Hari Nuzul al-Quran yang disambut hari ini.
Baginda turut mengingatkan agar Muslimin dan Muslimat sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan mengambil pengajaran daripada isi kandungan al-Quran.
Al-Quran, titah baginda berdua, mengangkat Islam sebagai sebuah agama yang lengkap bersifat rahmat, selamat, adil, sederhana dan toleransi untuk kehidupan manusia seluruhnya.
Nuzul al-Quran atau penurunan al-Quran, disambut hari ini, bersamaan 17 Ramadan 1442 Hijrah.
Sumber Facebook selangorroyaloffice
#Sultan Sharafuddin Idris Shah #Facebook #Sultan Selangor #Ramadan #Islam #Nuzul Al-Quran #turunnya al-Quran #ramadan2021
;