IPOH: Peranan wartawan dalam menyampaikan maklumat yang benar merupakan satu hak dan kebebasan bersuara yang tidak seharusnya dipersenda atau dipermainkan oleh mana-mana pihak.
Menerusi teks khutbah Jumaat di seluruh Perak yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), dengan tajuk 'Kewartawanan: Menyempurnakan tugas berlandaskan nilai-nilai Islam' turut menekankan bahawa perkara benar wajib dikatakan benar; begitu juga sebaliknya.
Ujar teks itu lagi, tugas mencari dan menghasilkan berita, baik secara tulisan, pendengaran dan penglihatan, sama ada melalui akhbar, radio dan televisyen, mahupun saluran media sosial yang semakin popular dan berpengaruh hendaklah berlandaskan kebenaran.
"Wartawan ialah petugas media yang berperanan menyampaikan maklumat dan menyebarkan berita.
"Maklumat yang disampaikan dan cara berita diolah akan mencanai pemikiran dan mempengaruhi tindakan pembaca," katanya.
Jelasnya lagi, wartawan lazimnya memenuhi tiga peranan utama iaitu mendapat dan mengumpul maklumat, mengolah berita secara yang mudah difahami oleh pembaca, pendengar dan penonton.
Selain itu, menyampai dan menyebar maklumat secepat mungkin kepada masyarakat.
"Tugas wartawan dipenuhi pelbagai cabaran. Ketika mengumpulkan maklumat, mereka berhadapan pelbagai kesulitan dan keadaan bahaya.
"Ada kalanya mereka terpaksa berjaga sepanjang malam, terdedah kepada perubahan cuaca, juga persekitaran yang tidak menentu, apatah lagi apabila mereka ditugaskan membuat liputan berita di kawasan yang dilanda bencana alam atau di kawasan yang terlibat dengan konflik dan peperangan.
"Ada dalam kalangan mereka yang menghadapi kecederaan malah ada yang kehilangan nyawa. Dilaporkan pada tahun 2022, lebih daripada 67 orang pengamal media di seluruh dunia terkorban semasa menjalankan tugas, catatan tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya," katanya lagi.
Tambahnya lagi, para wartawan yang mahu mendapatkan keredaan Ilahi, wajib memahami, menghayati dan mengamalkan adab kewartawanan berlandaskan Islam ketika menyempurnakan tugas, terutama pada zaman yang serba mencabar.
"Jangan sama sekali harga diri digadaikan, lalu memilih bersifat menegakkan benang basah ketika menyampaikan berita, apabila kebenaran dikorbankan, sedang kesalahan dilindungi kerana tarikan kebendaan dalam bentuk upah, sogokan, pangkat, jawatan dan gelaran," katanya.
Selain itu, mimbar turut menitipkan pesanan supaya para wartawan memenuhi tanggungjawab fardu kifayah.
"Penuhi tanggungjawab yang diamanahkan secara jujur, ikhlas berpandukan adab yang berlandaskan nilai Islam,antaranya bersikap terbuka, adil, saksama dan seimbang, serta tidak memfitnah, agar pekerjaan diterima sebagai ibadah yang insya-Allah dikurniakan ganjaran dunia akhirat oleh Allah SWT.
"Menyaring maklumat yang diterima dengan maksud menyemak dan mengesahkan kesahihan maklumat, seperti yang diamalkan oleh para sarjana hadis ketika meriwayatkan sesuatu hadis dengan memastikan sumber dan kesahihannya.
"Menginsafi bahawa bakat menulis ialah kurniaan Ilahi. Oleh itu tidak sama sekali menyalahgunakan bakat kurniaan Ilahi dengan membenarkan diri diperalatkan untuk menyebar fitnah kerana tarikan upah, kebendaan, ganjaran, pangkat dan jawatan," katanya.
Di samping itu, wartawan perlu mengambil tanggungjawab untuk sama-sama membantu membangunkan sebuah negara yang aman lagi makmur, merdeka dan berdaulat.
Kupasan berkaitan isu kewartawanan berkenaan adalah bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang berlangsung di Ipoh pada Sabtu dan Ahad ini.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut memberi perkenan tiga pengamal media membaca khutbah Jumaat di tiga masjid di sini pada Jumaat.
Mereka ialah Ketua Biro Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad di Masjid Sultan Azlan Shah; Editor Rencana Agama dan Sastera Berita Harian, Mohd Nazmi Yaacob di Masjid Sultan Idris Shah II dan Penerbit Rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak, Mohd Fahmi Mohd Nor di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh.
Aida Aziz
Fri May 26 2023
Ketua Biro Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad menyampaikan khutbah di Masjid Sultan Azlan Shah. - Gambar/ Bernama
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Deklarasi wartawan bakal diumum pada Hawana 2022
Satu deklarasi bagi menyampaikan hasrat dan impian golongan wartawan berhubung masa depan negara akan diumumkan semasa penganjuran Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 di Melaka pada 29 Mei depan.
Akta Antiberita Tidak Benar digazet hari ini
Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara awal bulan ini, digazetkan hari ini.