Hassan Marican ketuai badan penasihat khas Menteri Kewangan

Bernama
Februari 7, 2023 21:00 MYT
Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik mengetuai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican untuk mengetuai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.
Anwar berkata kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku Menteri Kewangan.
Beliau berkata empat lagi anggota badan penasihat khas itu ialah Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Universiti Sunway Prof Yeah Kim Leng, Profesor Ekonomi Universiti Malaya Datuk Prof Ulung Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.
Anwar turut mengulangi pendiriannya bahawa anggota badan penasihat khas itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.
[TERKINI] Lima individu dilantik Penasihat Khas Menteri Kewangan
#Anwar Ibrahim #Penasihat Khas #Hassan Marican #Pakar Ekonomi
;