Hasrat Teh tidak jejas kedudukan DAP di Pulau Pinang
Amirul Awaludin
November 1, 2017 21:12 MYT
November 1, 2017 21:12 MYT
Hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu untuk meninggalkan DAP dilihat meninggalkan kesan kepada parti itu tetapi tidak akan menjejaskan kedudukan DAP di Pulau Pinang.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, DAP perlu melihat perkara itu secara menyeluruh memandangkan situasi tersebut akan digunakan parti lawan untuk merangka strategi yang lebih signifikan.
"Teh merupakan seorang yang mengutamakan prinsip dan sudah pasti memberi kesan kepada DAP.
"Dalam kedudukan beliau sekarang, Teh turut menyoal kenapa kerajaan negeri sering kali tidak bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Teh merupakan ADUN DAP yang lantang mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang dalam pelbagai isu antaranya pembangunan kawasan bukit.
#Ahli Dewan Undangan Negeri
#DAP
#impak kehilangan
#Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia
#Profesor Madya Dr Siva Murugan Pandian
#pulau pinang
#Tanjung Bungah
#Teh Yee Cheu