'Hasrat Snap sertai BN tidak relevan'
Astro Awani
Januari 5, 2013 14:11 MYT
Januari 5, 2013 14:11 MYT
Hasrat Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) adalah tidak relevan dan tidak akan mendapat respon yang baik daripada rakyat.
Kenyataan itu dibuat oleh penganalisis politik Sarawak Dr Jeniri Amir.
Menurut Jeniri, analisis ini dibuat berdasarkan sejarah perjuangan Snap yang tidak konsisten kerana acapkali keluar masuk BN.
Ia juga dilihat sebagai usaha terdesak Snap untuk terus berdiri di persada politik.
Snap, dalam satu temuramah eksklusif dengan Astro Awani 'Snap Berhasrat sertai BN', menyebut telah mengemukakan permohonan menyertai BN kepada presiden BN tetapi masih belum mendapat sebarang maklum balas.