Hashtag #UMNO2015 jadi tumpuan media sosial
Nizam Bakeri
Disember 10, 2015 17:05 MYT
Disember 10, 2015 17:05 MYT
Perhimpunan Agung UMNO 2015 (PAU 2015) yang bermula 8 Disember lalu meraih perhatian seluruh negara, terutama sekali di media sosial.
Warga media sosial di Twitter, misalnya, menggunakan hashtag #UMNO2015 untuk mengikuti perkembangan terkini perhimpunan berkenaan di samping berkongsi komentar dan pandangan masing-masing.
Malahan, perhatian di media sosial telah diberi terhadap PAU2015 sebelum persidangan bermula.
Hashtag #UMNO2015 juga memberi peluang kepada para pemerhati politik dan ahli Kelab UMNO untuk mengikuti perkembangan tersebut secara atas talian.
Ada yang menggunakan Twitter untuk membuat pengumuman agar mendapat perhatian para perwakilan yang juga mengikuti perjalanan perhimpunan melalui media sosial.
Tidak kurang juga masyarakat umum yang meluahkan harapan dan jangkaan terhadap hasil perhimpunan parti politik terbesar di Malaysia itu.
Perhimpunan Agung UMNO 2015 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 8 sehingga 12 Disember ini.