Hasan Malek tidak letak jawatan menteri

Bernama
Januari 10, 2014 14:27 MYT
Hasan Malek - Gambar Fail
Datuk Seri Hasan Malek tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Penafian itu dilakukan oleh Pejabat Menteri tersebut dalam satu kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan kepada Bernama di sini hari ini.
"Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan komen yang dibuat dalam blog dan Facebook kononnya YB. Dato' Sri Hasan Bin Malek akan meletakkan jawatan.
"Perkara itu (perletakan jawatan) adalah tidak benar sama sekali," demikian menurut kenyataan itu.
Khabar angin tentang perletakan jawatan membabitkan Hasan tersebar sejak semalam di beberapa laman sosial.
#Hasan Malek #menteri
;