Harus tingkatkan keselamatan sesawang rasmi - Ali Hamsa

Astro Awani
Februari 18, 2013 20:30 MYT
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa menegaskan setiap kementerian supaya meningkatkan tahap keselamatan laman sesawang masing-masing.
Ini bertujuan bagi mengelakkan ia diceroboh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Ali, pihaknya akan melakukan siasatan dan mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.
“Kementerian akan ambil langkah langkah keselamatan seterusnya bukan sahaja untuk bahagian tertentu, malah seluruh jabatan kementerian yang ada di Malaysia,” kata Ali.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Kementerian Pertahanan.
#Datuk Seri Ali Hamsa #digodam #laman sesawang rasmi
;