Harimau 'jinak' berkeliaran di kampung mungkin ada tuan
Astro Awani
Julai 20, 2019 06:00 MYT
Julai 20, 2019 06:00 MYT
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tidak menolak kemungkinan harimau belang yang ditangkap di Kampung Besol mempunyai tuan.
Ketua pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, siasatan terpenrinci berhubung dakwaan itu masih dijalankan.
Menurut Abdul Kadir ketika ini pihaknya masih menunggu keputusan uji kaji yang dilakukan ke atas harimau berkenan.
"Itu dia punya kemungkinan, tapi nanti harimau ni kita bawa balik dan akan lihat sama ada orang bela atau dia ada penyakit. Kita tunggu keputusan uji kaji makmal… paling cepat dua minggu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam kejadian pagi Khamis, penduduk di Kampung Besol, Bandar Bukit Besi, Dungun gempar apabila dua ekor harimau yang kelihatan jinak berlegar di kawasan kediaman mereka.
Menerusi video yang tular di laman sosial itu menunjukkan haiwan tersebut tidak menyerang manusia apabila dihampiri dan ini menimbulkan kemyuskilan di kalangan penduduk dengan sifat haiwan pemangsa itu.
Ekoran itu beberapa adaian dan dakwaan timbul kemungkinan harimau itu dibela oleh individu sebelum dilepaskan di dalam hutan berhampiran.