Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini

Azyyati Ahmad
Jun 7, 2024 10:55 MYT
Hari Wukuf di Arafah diumumkan pada Sabtu manakala Ahad akan menjadi hari pertama Aidil Adha. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Mahkamah Agung Arab Saudi pada Khamis mengumumkan hari Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
“Dengan itu, hari Wukuf di Arafah jatuh pada Sabtu, 15 Jun, manakala Ahad, 16 Jun akan menjadi hari pertama Aidil Adha,” kata kenyataan Mahkamah Agung Saudi.
Sehubungan itu, Jumaat, 7 Jun merupakan hari pertama Zulhijjah menandakan bermulanya musim haji 1445 hijrah.
Hari pertama Aidiladha pula adalah pada hari ke-10 Zulhijjah iaitu pada 16 Jun, manakala hari Arafah jatuh pada hari kesembilan Zulhijjah iaitu pada 15 Jun.
Sementara itu, negara-negara di Asia Tenggara termasuk Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia akan menyambut Aidiladha pada Isnin, 17 Jun.
#Hari Wukuf #Hari Arafah #Haji #Aidiladha
;