Hari Sambutan Hak Asasi Manusia ditunda, keselamatan orang awam, PM lebih penting - KPN
Afiezy Azaman
Disember 8, 2018 11:07 MYT
Disember 8, 2018 11:07 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mendedahkan bentuk ancaman yang diterima mengenai Hari Hak Asasi Manusia 2018.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, apa yang penting adalah mengenai keselamatan orang awam dan turut melibatkan keselamatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ancaman keselamatan kita tak boleh keluarkan, tapi yang penting keadaan orang awam mesti terkawal, jadi apa-apa nanti polis juga yang dipersalahkan. Isu keselamatan kita ambil serius.
Hari Hak Asasi Manusia 2018 dijadualkan berlangsung hari ini ditunda ke esok (Ahad) di Padang Timur, Petaling Jaya.
Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail dalam satu sidang media pada Jumaat, berkata walaupun kecewa pihaknya akur terhadap nasihat yang dikeluarkan oleh pihak polis dan Pejabat Perdana Menteri.
#ancaman keselamatan
#Hari Hak Asasi Manusia
#keselamatan
#Ketua Polis Negara
#PDRM
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#Suhakam
#Tan Sri Mohamad Fuzi Harun