Hari raya ketiga: Trafik lancar di lebuh raya utama

Bernama
Mei 4, 2022 02:50 MYT
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline dan laman Twitter atau talian serta laman Twitter LLM. - Foto Twitter LLM Trafik
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama bergerak lancar dan terkawal berikutan jumlah kenderaan berkurangan pada hari ketiga sambutan Aidilfitri, hari ini.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitter melaporkan trafik masih lancar di kedua-dua arah di sepanjang lebuh raya bagi sektor utara, selatan dan timur termasuk lokasi-lokasi di sekitar plaza tol setakat 10 pagi.
Selain itu, trafik juga dilaporkan lancar di Tambak Johor di kedua-dua arah laluan Malaysia-Singapura.
LLM turut menasihati pengguna jalan raya terutama di bahagian timur agar mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena cuti perayaan ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.
-- BERNAMA
#lebuh raya #hari raya #trafik #Lembaga Lebuhraya Malaysia