Hari Raya Aidiladha jatuh pada Selasa, 15 Oktober
Astro Awani
Oktober 5, 2013 21:26 MYT
Oktober 5, 2013 21:26 MYT
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Selasa, 15 Oktober.
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, yang turut menyatakan bahawa 1 Zulhijjah jatuh pada esok, 6 Oktober.
“"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Aidiladha bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 15 Oktober 2013," katanya.