Hari Raya Aidiladha disambut 1 September

Astro Awani
Ogos 23, 2017 05:49 MYT
Astro AWANI menyiarkan tarikh Hari Raya Aidiladha dalam bentuk rerayap (crawler) di saluran Astro AWANI secara terus menerus bermula 8.45 malam sehingga tengah malam tadi. - Gambar fail
Astro AWANI telah memohon maaf sejurus menyedari kesilapan pengumuman tarikh sebenar Aidiladha di dalam Hari Ini Lapan pada Rabu.
Sebaik sahaja menyedari kesilapan, kami menyiarkan tarikh Hari Raya Aidiladha dalam bentuk rerayap (crawler) di saluran Astro AWANI secara terus menerus bermula 8.45 malam sehingga tengah malam tadi.
Saluran Astro AWANI juga telah menyiarkan permohonan maaf dan klip pengumuman yang betul dalam Buletin AWANI 9 malam, 10 malam dan 11 malam.

Astro AWANI telah memohon maaf sejurus menyedari kesilapan pengumuman tarikh sebenar Aidiladha semalam dgn permohonan maaf bermula 8.45mlm pic.twitter.com/WWoQVicEnM

— Astro AWANI (@501Awani) August 23, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Astro Awani #Buletin AWANI #Hari ini Lapan #hari raya #hari raya aidiladha