Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York

Astro Awani
September 2, 2024 10:30 MYT
Ahmad Faisal (tengah, berdiri lima dari kiri) bergambar kenangan dengan pegawai serta kakitangan dan anak-anak diplomat spada majlis sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini.
BERADA di New York, Amerika Syarikat (AS) bukan halangan untuk perwakilan Malaysia untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67.
Batasan geografi tidak pernah menjadi halangan untuk sama-sama berkongsi kebanggan menjadi anak Malaysia di bumi asing.
Beberapa hari lalu, Hari Kebangsaan diraikan oleh rakyat Malaysia yang menetap di New York.
Biarpun, dianjurkan dalam skala sederhana, namun majlis itu berlangsung meriah.
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
Sebagai tuan rumah, Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Ahmad Faisal Muhamad mengalu-alukan kehadiran tetamu khususnya diplomat dari pelbagai negara.
Para undangan turut dijamu dengan pelbagai sajian Malaysia.
Acara berkenaan turut menampilkan persembahan tarian tradisional oleh kumpulan tari anak-anak diplomat yang dikenali sebagai Gemala Sitra New York.
Mereka dipimpin oleh rakyat Malaysia yang kini menetap di New York, TK Lim @ Aqoque.
#Hari Kebangsaan #perwakilan Malaysia #Hari Kebangsaan di New York #Ahmad Faisal Muhamad