Hari Kebangsaan 2022: LRT Masjid Jamek sesak 'diserang' ribuan pengguna
Fareez Azman
Ogos 31, 2022 12:40 MYT
Ogos 31, 2022 12:40 MYT
KUALA LUMPUR: Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek sesak selepas dibanjiri ribuan pengguna pada Rabu.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati kesesakan bermula jam 11 pagi selepas majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 menutup tirainya.
Rata-rata pengguna terpaksa beratur panjang bagi menunggu giliran menaiki tren.
Keadaan sama dilihat seawal jam 4.30 pagi apabila rata-rata pengunjung memilih menaiki tren berbanding membawa kenderaan sendiri.
Astro AWANI cuba mendapatkan sebarang maklumat daripada pihak berkaitan berhubung isu kesesakan ini.