Hari ke-13 PKPP, kenderaan diperiksa polis menurun
Umavathi Ramayah
Jun 23, 2020 17:31 MYT
Jun 23, 2020 17:31 MYT
Hari ke-13 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin menyaksikan jumlah kenderaan yang diperiksa menunjukkan pengurangan kepada 63,335 kenderaan berbanding 66,518 pada hari sebelumnya.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menahan 15 individu atas kesalahan ingkar PKPP termasuk tiga daripadanya direman sementara 12 lagi diberi kompaun.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKPP adalah termasuk aktiviti refleksologi atau urut (lima individu), aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (10 individu)," katanya pada kenyataan media di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan 8,832 operasi sanitasi merangkumi 134 zon sejak 30 Mac lalu.
Sebanyak 12,401 yang telah disanitasi katanya merangkumi pusat perniagaan (2,675), bangunan kerajaan (5,276), kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) (1,588), tempat awam (2,508) dan pasar raya (354).
Pada Isnin sahaja, sebanyak 44 operasi sanitasi dilakukan di 28 zon membabitkan 11 negeri antaranya dua belas operasi di Sabah, enam operasi di Perak dan lima operasi di Perak.
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#PDRM
#penjarakan sosial
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#RMCO
#sanitasi