Hari Jururawat Sedunia: Terima kasih atas bakti dan dedikasi anda - Dr Noor Hisham

Hafizi Rosli
Mei 12, 2021 11:18 MYT
Jururawat Norhafizah Saad menyiapkan vaksin COVID-19 yang akan digunakan di Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim, Alor Setar, 26 April 2021. Hari Jururawat Sedunia disambut pada tanggal 12 Mei setiap tahun - Gambar hiasan/fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan terima kasih kepada seluruh jururawat di Malaysia yang penuh dedikasi berkhidmat kepada masyarakat.
Ucapan berkenaan dibuat beliau menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya sempena Hari Jururawat Sedunia yang disambut hari ini.
"Selamat Hari Jururawat saya ucapkan kepada semua jururawat di Malaysia. Terima kasih kepada jururawat yang menabur bakti dengan penuh dedikasi.
"Selamat Hari Jururawat, 'a voice to lead, a vision for future healthcare'," ucapnya dalam video yang dimuat naik pada Rabu.

Sempena Hari Jururawat yang disambut pada 12 Mei, saya ingin mengucapkan 'Selamat Hari Jururawat' kepada semua Jururawat di Malaysia. Terima kasih kepada semua jururawat yang telah berbakti dengan penuh dedikasi dalam melaksanakan tugasan yang terbaik kepada masyarakat. pic.twitter.com/5xY0hNMhqi

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada tanggal 12 Mei setiap tahun, Hari Jururawat disambut di seluruh dunia sebagai mengenang jasa golongan itu yang sanggup berkorban masa, tenaga dan bertungkus lumus dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #hari jururawat #jururawat #kesihatan #COVID-19
;