Hari ini, sembilan tahun lepas, dunia digemparkan dengan satu bencana alam yang melanda bumi yang dikenali sebagai Serambi Mekah. Hari ini, sembilan tahun lepas, bumi Aceh dibadai gelombang Tsunami akibat gempa bumi yang begitu besar dengan 9.0 skala ricter.

Lebih 200 ribu nyawa terkorban, suami kehilangan isteri, anak kehilangan ibu, mayat bergelimpangan dan bumi Aceh menjadi padang jarak padang tekukur akibat bencana Tsunami yang tidak mengenal pegangan dan keturunan.

Hari ini, selepas sembilan tahun Tsunami yang melumpuhkan Aceh dan meragut ratusan ribu nyawa warganya, Analisis AWANI mengimbau semula bencana alam tersebut untuk kita mempelajari persiapan menghadapi kemungkinan berlakunya bencana besar seperti Tsunami.

Pengacara, Nazri Kahar bersama tetamunya, Naib Presiden Mercy Malaysia, Norazam Abu Samah membincangkan tentang apa yang telah dipelajari akibat Tsunami dan apakah persiapan kita dari segi bantuan kemanusiaan dan sebagainya jika berlakunya bencana alam seperti itu.

Ikuti video yang telah disediakan.