Hari Ini bersama Astro AWANI - 13 Julai

Astro Awani
Julai 13, 2013 03:00 MYT
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang berlangsung di Ibu Pejabat Kumpulan Karangkraf di Shah Alam menampakkan kehadiran yang besar.
Forum itu dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang berkata Malaysia perlu memuktamadkan perjanjian TPP kerana ia akan menawarkan akses yang lebih baik kepada eksport negara di pasaran antarabangsa.
Menurut beliau, TPPA akan memberi kesan besar kepada Malaysia dalam aspek pengurangan birokrasi dan menambah baik sistem penghantaran yang secara langsung akan mengurangkan kadar rasuah.
Forum itu yang turut menerima kehadiran Ketua Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (Mtem), Mohd Nizam Mashar, akan ditayangkan di Astro AWANI pada pukul 9.30 malam ini.
Astro AWANI juga akan membuat analisis tentang kekurangan penggunaan kemudahan geran yang diperkenalkan dalam Bajet 2013 untuk pengendali pusat jagaan.
#Datuk Seri Mustapa Mohamed #Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)