Hari Gawai: "Maaf lambat sikit ucap... saya sibuk" - Tun Mahathir
Mariah Ahmad
Mei 31, 2018 22:56 MYT
Mei 31, 2018 22:56 MYT
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada mereka yang meraikan Hari Gawai dan Hari Keamatan kerana terlambat untuk mengucap selamat bagi mereka yang menyambut perayaan itu.
“Maaf kerana terlewat menyampaikan ucapan ini kerana saya terlalu sibuk dan tidak tahu banyak urusan-urusan yang perlu dibuat perdana menteri.
“Antaranya dengan mengucap selamat Hari Gawai dan Keamatan.
“Saya harap saya dimaafkan dan berharap sambutan ini berjalan dengan baik dan semua dapat bersuka ria pada hari ini,” kata Tun M dalam satu video menerusi catatan tweetnya hari ini.
Susulan tweet Tun Dr Mahathir, ramai warga media sosial memberi reaksi kepada video berkenaan dan meluahkan mereka memahami kesibukan beliau sebagai seorang perdana menteri.
Ada juga yang meninggalkan beberapa gambar berformat GIF sebagai memberi reaksi kepada ucapan Tun Dr Mahathir itu.
Ia juga diraikan sebagai tanda kesyukuran kepada 'Petara' atau Tuhan di atas limpahan rezeki hasil tuaian dan juga memastikan semangat padi yang berterusan bagi hasilan yang lebih baik pada masa depan.