Hari Gawai Dayak yang disambut hari ini di Sarawak, tidak akan diraikan secara besar besaran oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga, Liwan Lagang.
Ini kerana beliau mahu bersama pasukan mencari dan menyelamat tragedi bot ekspres karam di Giam
Bungan, Sungai Rajang.
Atas dasar itu..beliau mengadakan sambutan hari gawai secara sederhana di belaga bagi meraikan petugas pasukan keselamatan yang menyertai operasi dan menyelamat.
Selain itu sambutan tersebut turut memberi penghormatan terakhir kepada mangsa tragedi bot karam tersebut.
"Dan upacara malam ni adalah perayaan gawai bagi menghormati gawai dan menghormati mangsa yang meninggal..oleh itu saya ambil keputusan tidak balik rumah dan beraya di sini bersama petugas keselamatan kerana mereka juga berkorban tidak bersama keluarga mereka,” kata Liwan yang juga Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak.
Liwan merupakan personaliti paling 'terkenal' ketika ini, kerana beliau antara saksi awal tragedi bot karam.
Jelasnya, sejak kejadian pada Selasa beliau bersama isteri dan dua anaknya mengambil keputusan untuk berkampung di Belaga.
Sepanjang empat hari operasi mencari dan menyelamat, Liwan sentiasa bersama pasukan petugas keselamatan di tebing sungai.
Beliau juga bertindak sebagai pembakar semangat kepada mereka untuk terus menjalankan tugas dengan baik.
Pada hari kejadian, Liwan menaiki helikopter melintasi kawasan itu dari Sungai Asap, Belaga, apabila ternampak bot ekspres itu mulai karam.
Beliau kemudian meminta juruterbang mendaratkan helikopter itu di kawasan berdekatan sebelum mengelolakan penduduk kampung dari dua rumah panjang di kawasan itu untuk menyelamatkan kira-kira 30 penumpang.
Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Fri May 31 2013
![Hari Gawai bersama pasukan penyelamat untuk Adun Belaga Hari Gawai bersama pasukan penyelamat untuk Adun Belaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/81369926280_295x200.jpg)
BERSAMA: Liwan (baju kelabu) di satu sidang akhbar
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![PRN Sarawak: Sah! Sebuyau dan Belaga milik GPS PRN Sarawak: Sah! Sebuyau dan Belaga milik GPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639825631_DatukJulaihiNaraw.jpg)
PRN Sarawak: Sah! Sebuyau dan Belaga milik GPS
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi menang bagi kerusi DUN itu dengan majoriti selesa 4,134.
![PRN Sarawak: Belia Belaga mahu kerajaan bangunkan pusat aktiviti anak muda PRN Sarawak: Belia Belaga mahu kerajaan bangunkan pusat aktiviti anak muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41638263048_NicholBelaga.jpg)
PRN Sarawak: Belia Belaga mahu kerajaan bangunkan pusat aktiviti anak muda
Pembangunan fasiliti seperti pusat aktiviti anak muda khusus di kawasan Belaga wajar dipertimbangkan oleh kerajaan.
![PRN Sarawak: Pembangunan infrastruktur asas Belaga perlu dipertingkat - Penduduk PRN Sarawak: Pembangunan infrastruktur asas Belaga perlu dipertingkat - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51638019193_Belaga.jpg)
PRN Sarawak: Pembangunan infrastruktur asas Belaga perlu dipertingkat - Penduduk
Pembangunan infrastruktur di Belaga perlu dipertingkatkan bagi memastikan masyarakat di sini merasai nikmat pembangunan sama seperti di kawasan-kawasan lain.
![Empangan Bakun lepaskan air secara berperingkat mulai 8 Sept ini Empangan Bakun lepaskan air secara berperingkat mulai 8 Sept ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-12/71448985659_EmpanganBakun.jpg)
Empangan Bakun lepaskan air secara berperingkat mulai 8 Sept ini
Paras air di Empangan Hidroelektrik Bakun kini melebihi paras selamat dan perlu diturunkan secara berperingkat.
![MPOB labur RM50 juta bina dua stesen penyelidikan di Sarawak - Willie Mongin MPOB labur RM50 juta bina dua stesen penyelidikan di Sarawak - Willie Mongin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51617060927_WillieMongin.jpg)
MPOB labur RM50 juta bina dua stesen penyelidikan di Sarawak - Willie Mongin
Pelaksanaan projek penyelidikan dan pembangunan minyak sawit ini melibatkan beberapa siri Rancangan Malaysia bermula Rancangan Malaysia Ke-7 hingga RMK11.
![Polis Sarawak mohon peruntukan darurat, bina penempatan sementara IPD Belaga Polis Sarawak mohon peruntukan darurat, bina penempatan sementara IPD Belaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71592551895_PesuruhjayaPolisS.jpg)
Polis Sarawak mohon peruntukan darurat, bina penempatan sementara IPD Belaga
Polis Kontinjen Sarawak akan memohon peruntukan darurat bagi menyediakan kabin sebagai penempatan sementara Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga.
![Isu pengangguran, kanak-kanak tanpa kad pengenalan warnai perbahasan Belanjawan Sarawak 2021 Isu pengangguran, kanak-kanak tanpa kad pengenalan warnai perbahasan Belanjawan Sarawak 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605094612_DUNSarawakBelanja.jpg)
Isu pengangguran, kanak-kanak tanpa kad pengenalan warnai perbahasan Belanjawan Sarawak 2021
ADUN Sarawak membangkitkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti peluang pekerjaan dan jawatankuasa untuk atasi kanak-kanak tanpa kad pengenalan.
![Sarawak rancang bina jalan, wujudkan bandar baharu di Belaga Sarawak rancang bina jalan, wujudkan bandar baharu di Belaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602931484_CMBelagaKapit.jpg)
Sarawak rancang bina jalan, wujudkan bandar baharu di Belaga
Ia akan direalisasikan menerusi pelan induk yang merangkumi pelbagai pembangunan lain di kawasan berkenaan.
![300 penduduk Punan Bah, Belaga terjejas akibat banjir, jambatan gantung terputus 300 penduduk Punan Bah, Belaga terjejas akibat banjir, jambatan gantung terputus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81589276113_BanjirKilat.jpg)
300 penduduk Punan Bah, Belaga terjejas akibat banjir, jambatan gantung terputus
Perhubungan ke Belaga juga terputus akibat sebahagian daripada Jalan Menjawah/Belaga juga dinaiki air.
![Dua pemancing dikhuatiri lemas di Bakun Dua pemancing dikhuatiri lemas di Bakun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81554252429_DROWNING.jpg)
Dua pemancing dikhuatiri lemas di Bakun
Dua pemancing dikhuatiri lemas manakala seorang pemandu bot terselamat apabila bot dinaiki terbalik di Ulu Bakun, Batu Keling Empangan Bakun, Belaga petang semalam.