Hari Bapa: PM dedikasi ucapan buat Tun Razak

Madiha Abdullah
Jun 21, 2015 21:01 MYT
Bersama dengan gambar itu, disertakan kapsyen "Dia bapa yang saya kongsi bersama seluruh negara. Selamat Hari Bapa".
Seorang penyair Inggeris pernah berkata, seorang ayah lebih baik daripada seribu orang guru besar. Begitu besar pengaruh seorang bapa dalam kehidupan kita.
Hari ini, 21 Jun 2015, seluruh dunia meraikan Hari Bapa. Hari Bapa setiap tahun disambut disambut pada minggu ketiga bulan Jun.
Laman sosial dibanjiri dengan hashtag berkaitan seperti #haribapa, #fathersday dan #daddyscool.
Tidak ketinggalan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkongsi gambar Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, bersama Yang di-Pertuan Agong kelima, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada tahun 1970-an.
Sekeping lagi gambar adalah gambar dirinya, juga bersama Tuanku Abdul Halim.
Dua foto itu agak unik memandangkan kedudukan Najib dan bapanya di tempat yang sama iaitu di di sebelah kiri Tuanku Abdul Halim.

I was going through some old photos & found these. He was a father I shared w Msia. #HappyFathersDay to all fathers! pic.twitter.com/nIu89pxe5W

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bersama dengan gambar itu, disertakan kapsyen "Dia bapa yang saya kongsi bersama seluruh rakyat Malaysia. Selamat Hari Bapa kepada semua bapa".
Tuanku Abdul Halim merupakan Yang di-Pertuan Agong ketika Tun Abdul Razak bergelar Perdana Menteri kedua dari 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976, dan baginda sekali lagi dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2011 ketika Najib memegang jawatan Perdana Menteri keenam.
#Hari Bapa 2015
;