Harga telur naik: Pengarah KPDNHEP Melaka diharap lebih sensitif, bijak usul solusi

Astro Awani
Julai 2, 2022 17:36 MYT
Tinjauan Astro AWANI di laman sosial mendapati segelintir pengguna media sosial bukan sahaja mempersoalkan saranan yang diberikan. - Gambar hiasan
KENAIKAN harga barangan sejak kebelakangan ini terutamanya melibatkan ayam, telur, minyak masak serta barangan basah mengundang keresahan dalam kalangan pengguna.
Bagaimanapun, peningkatan harga barangan yan dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk kesan di peringkat global seperti kekangan rantaian bekalan dan peperangan di Rusia-Ukraine, mengakibatkan Malaysia juga terpaksa berdepan dengan tempias tersebut.
Tetapi, kerajaan memberi jaminan tidak akan berpeluk tubuh dalam mengatasi bebaban kos sara hidup - apabila menyaksikan pelbagai inisiatif telah dilakukan bagi membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) menangani kenaikan kos.
Di sebalik kesukaran yang dihadapi oleh rakyat - yang masih bergelut dengan untuk membina hidup baharu ketika era peralihan ke endemik, kenyataan yang 'tidak relevan' meskipun bersifat seloroh mungkin boleh mencetuskan kemarahan dalam kalangan warganet.
Ini dapat dilihat menerusi kenyataan terbaharu yang tular di laman sosial mendakwa Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar menyarankan orang ramai mengurangkan pengambilan telur berikutan kenaikan harga makanan berkenaan.
"Kita sebagai pengguna kalau dah tau kenaikan harga telur tu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur. Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tak ada masalah," memetik kenyataan Norena dalam rakaman tersebut.
Susulan kenyataan itu yang dianggap 'kurang peka' dengan situasi semasa, pelbagai sindirin dan tohmahan dilemparkan oleh warganet kepada Norena dan pihak kerajaan.
Tinjauan Astro AWANI di laman sosial mendapati segelintir pengguna media sosial bukan sahaja mempersoalkan saranan yang diberikan, malah menasihati agar Norena dan pihak berkaitan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan solusi.

Saya amat terkilan dengan kenyataan tidak bertanggungjawab ini. Telur cukup sinonim sebagai makanan yang murah dan menjimatkan namun kini rakyat pula diminta untuk kurangkan makan telur. Ini bukan penyelesaian untuk rakyat, Tuan Pengarah! https://t.co/EeTxiTXjH3

— Abdul Razak Abdul Rahman (@RazakRahmanN23) July 2, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kadang kadang orang yang dekat atas ni tak nampak betapa sengsaranya orang dekat bawah ni nak survive. Dah la gaji RM1,500 je, nak makan telur, Pengarah KPDNHEP suruh kurangkan makan telur, nak makan ayam, ayam dah mahal, nak makan daging lagi la tak mampu.

— Rain Abdullah (@RainieAbdullah) July 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Memberitahu kepada rakyat untuk berjimat dan kurangkan makan telur ayam adalah cara orang yang (sangat) malas berfikir memberikan jalan penyelesaian kepada masalah inflasi.

— Usaid Asmadi (@usaidasmadi_) July 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Harga telur naik, kena kurangkan makan telur. Why do when they talk they never think about those B40? If telur is the only affordable protein for them, takkan nak suruh makan sehari sekali or selang sehari? https://t.co/E1qXaYdxTj

— Ardilla Noorezan (@dyllarezan) July 2, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tiada justifikasi ekonomi ke, selain kata : "Kalau telur mahal, kurangkan makan telur..."

— . (@sufiiiisme) July 2, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Masalah : Harga telur mahal Solution : Kurangkan makan telur Mantap https://t.co/ha6ld5hWRB

— Hafiz Danial (@hafizdenial) July 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Insiden 'tersasul' mengeluarkan kenyataan sebegini bukan pertama kali berlaku ketika mana kenaikan harga barangan menghimpit kehidupan rakyat.
Bak kata pepatah,'terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya'.
Beringatlah, insiden ini sepatutnya menjadi teladan untuk pihak berkaitan dalam mengeluarkan sebarang pandangan - sama ada apa yang dikatakan itu berunsur jenaka atau pilihan kepada rakyat.
#Kurang makan telur #Harga ayam mahal #harga telur mahal #KPDNHEP Melaka telur
;