Harga runcit RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal

Astro Awani
Julai 20, 2022 09:00 MYT
Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.75 kepada RM4.65 seliter, mulai tengah malam ini. - Gambar hiasan/ETX
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.75 kepada RM4.65 seliter, mulai tengah malam ini, bagi tempoh 21 Julai (esok) sehingga 27 Julai 2022.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Kementerian Kewangan memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.
Manakala harga rucit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan memaklumkan, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel pada harga siling bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
#harga runcit petrol #RON97 #RON95 #diesel #turun #harga minyak #harga petrol #Kementerian Kewangan