Harga runcit petrol naik 6 sen, diesel 3 sen

Astro Awani
Julai 26, 2017 18:22 MYT
Harga baharu ini berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam 27 Julai hingga 2 Ogos.
Harga runcit bahan api petrol dan diesel minggu ini mencatatkan kenaikan berbanding minggu lalu.
Harga petrol RON95 naik 6 sen kepada RM2.03 seliter, RON97 juga naik 6 sen kepada RM2.28, manakala diesel pula naik 3 sen kepada RM1.99.
Harga baharu ini berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam 27 Julai hingga 2 Ogos.
#diesel #Harga runcit #naik #petrol #RON95 #RON97
;