KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter daripada RM4.35 ke RM4.30 seliter manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter bagi tempoh 25 Ogos hingga 31 Ogos.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak dunia, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk meningkat melebihi harga siling semasa.

Menurut kenyataan itu, harga baharu tersebut ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.