Harga RON97 turun 4 sen kepada RM4.80, RON95 dan diesel kekal
Astro Awani
Julai 6, 2022 17:15 MYT
Julai 6, 2022 17:15 MYT
KUALA LUMPUR: Harga RON97 turun empat sen seliter, manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh bermula esok (7 Julai) sehingga 13 Julai, 2022.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga runcit petrol RON97 turun daripada RM4.84 kepada RM4.80 seliter sementara RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan turut memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.