Harga RON97 turun 3 sen, RON95 dan diesel kekal
Bernama
November 1, 2019 20:07 MYT
November 1, 2019 20:07 MYT
Harga runcit petrol RON97 turun tiga sen kepada RM2.56 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Nov.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing sepatutnya RM2.26 seliter dan RM2.33 seliter.
"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk itu dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat," menurut kenyataan itu.
Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 2 hingga 8 Nov adalah berjumlah RM86.25 juta.
-- BERNAMA
#Automatic Pricing Mechanism
#diesel
#harga runcit petrol
#Kementerian Kewangan
#petrol
#RON95
#RON97