Harga RON97 turun 1 sen, RON 95 & diesel kekal
Astro Awani
Disember 22, 2021 17:07 MYT
Disember 22, 2021 17:07 MYT
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM3.00 kepada RM2.99 seliter.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum itu adalah bagi tempoh 23 hingga 29 Disember ini.
"Harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter sementara harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter," memetik kenyataan itu.
Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, MoF memaklumkan bahawa kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Pada masa sama, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.