Harga RON97, RON95 dan diesel kekal hingga 24 Jan

Bernama
Januari 17, 2024 19:18 MYT
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jan. - Gambar hiasan/REUTERS
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jan.
Kenyataan Kementerian Kewangan hari ini memaklumkan harga itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk melebihi paras harga siling ditetapkan," katanya.
Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
#harga runcit petrol #harga minyak #RON95 #diesel
;