Harga RON97, RON95 dan diesel kekal

Umavathi Ramayah
Ogos 31, 2022 09:00 MYT
Harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan disel seliter dikekalkan bagi tempoh 1 September hingga 7 September ini. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada kadar RM4.30 dan RM2.05 seliter, bagi tempoh 1 September hingga 7 September ini.
Selain itu harga runcit diesel juga dikekalkan pada paras RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak dunia, meskipun harga pasaran bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu lagi.
#harga minyak #Kementerian Kewangan #RON95 #RON97