Harga RON97 naik 7 sen, RON95 dan diesel kekal

Faris Danial Razi
Mac 17, 2021 09:25 MYT
Ini menjadikan harga minyak RON97 yang sebelum ini berharga RM2.40 berubah kepada RM2.47 seliter bermula 12.01 tengah malam ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Harga minyak RON97 meningkat tujuh sen untuk tempoh 18 Mac hingga 24 Mac, lapor Kementerian Kewangan pada Rabu.
Ini menjadikan harga minyak RON97 yang sebelum ini berharga RM2.40 berubah kepada RM2.47 seliter bermula 12.01 tengah malam ini.
Bagaimanapun, harga bagi minyak RON95 dan diesel masih kekal masing-masing pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter.
Kementerian berkenaan turut menegaskan, harga RON95 dan diesel akan dikekalkan walaupun harga minyak dunia meningkat.
Mekanisme harga minyak mingguan ini diperkenalkan semula pada 5 Jan, 2019 di bawah Mekanisme Harga Automatik (Automatic Pricing Mechanism).
#diesel #RON95 #RON97 #minyak #harga minyak #Kementerian Kewangan