Harga RON95, RON97 naik empat sen, diesel naik tiga sen - Kementerian Kewangan
Bernama
Januari 1, 2021 18:08 MYT
Januari 1, 2021 18:08 MYT
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik empat sen seliter manakala harga runcit diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 8 Jan depan.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit baharu petrol RON95 ialah RM1.84 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 ialah RM2.14 seliter.
"Harga runcit diesel naik daripada RM1.98 sen seliter kepada RM2.01 seliter," menurut kenyataan itu.
Kementerian Kewangan menyatakan bahawa harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
#harga minyak
#naik
#petrol
#RON95
#RON97
#diesel
#empat sen
#Harga runcit
#seminggu
#Kementerian Kewangan
#Mekanisme Harga Automatik
#APM