Harga RON95, RON97 naik 1 sen
Astro Awani
Oktober 16, 2020 17:05 MYT
Oktober 16, 2020 17:05 MYT
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 1 sen manakala diesel pula naik 5 sen berkuat kuasa 17 Oktober sehingga 23 Oktober 2020.
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.67 seliter dinaikkan kepada RM1.68 seliter sepanjang tempoh berkenaan.
Manakala harga runcit bagi RON97 juga dinaikkan kepada RM1.98 seliter berbanding RM1.97 seliter sebelum ini.
Sementara itu, bagi harga runcit diesel juga dinaikkan daripada RM1.69 seliter kepada RM1.74 seliter.
Kementerian Kewangan berkata, penetapan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu lagi.