Harga RON95, RON97, diesel kekal

Astro Awani
April 5, 2023 17:48 MYT
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 6 April hingga 12 April.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak dunia di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk berkenaan telah melebihi harga siling yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
#diesel #RON97 #RON95 #harga petrol minggu ini