Harga RON95 dan RON97 kekal, diesel naik satu sen

Bernama
Januari 8, 2021 18:41 MYT
Harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing kekal RM1.84 dan RM2.14 seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 15 Januari ini.
Kemententerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga runcit diesel bagaimanapun naik satu sen kepada kepada RM2.02 berbanding RM2.01 seliter sebelum ini.
"Harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.
-- BERNAMA
#harga petrol #RON95 #RON97 #diesel #harga minyak
;