Harga petrol turun 1 sen, diesel naik 3 sen
Astro Awani
Disember 27, 2017 18:22 MYT
Disember 27, 2017 18:22 MYT
Harga runcit mingguan bagi produk petrol pada minggu ini mengalami penurunan manakala diesel mengalami sedikit kenaikan.
Berkuatkuasa tengah malam ini, harga RON95 turun kepada RM2.26 seliter, RON97 turun kepada RM2.53 seliter, manakala diesel naik tiga sen kepada RM2.26.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK), harga baharu ini diguna pakai bermula 12.01 tengah malam ini hingga 3 Januari 2018.
#diesel
#Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
#KPDNKK
#naik
#petrol
#RON95
#RON97
#turun
#Twitter