Harga petrol RON95, RON97, diesel naik 2 sen

Astro Awani
Disember 25, 2020 17:33 MYT
Harga baharu seliter bagi RON 95 ialah RM1.80, RON 97 (RM2.10) dan diesel (RM1.98). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik dua sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini, 26 Dis hingga 1 Jan tahun depan.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga baharu seliter bagi RON 95 ialah RM1.80, RON 97 (RM2.10) dan diesel (RM1.98).
Ia berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," kata kenyataan itu.
#harga minyak #harga runcit petrol #RON95 #RON97 #diesel #Kementerian Kewangan
;