Harga Petrol: Rakyat Malaysia lahirkan rasa syukur di laman sosial
Kohilah Sekaran
Mei 1, 2015 10:16 MYT
Mei 1, 2015 10:16 MYT
Pengumuman harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi bulan Mei 2015 yang dikekalkan pada paras semasa telah meredakan tekanan masyarakat Malaysia.
Menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam, harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.
Sejak dua hari lepas, banyak khabar angin yang tersebar menerusi laman Facebook dan Twitter berhubungan kenaikan harga minyak petrol.
Bagaimanapun, selepas pengumuman rasmi oleh KPDNKK semalam, ramai pengamal media sosial melahirkan rasa syukur mereka kepada kerajaan.
Namun, ada segelintir pengguna berpandangan tindakan ini hanya sementara berikutan dua pilihan raya akan berlangsung minggu depan di Permatang Pauh dan Rompin.
Harga tersebut berkuatkuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei.