Harga petrol, diesel turun - KPDNKK

Astro Awani
April 26, 2017 11:11 MYT
Harga baru itu disahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Harga runcit produk petroleum bagi minggu kelima bermula 27 April turun lima hingga tujuh sen di bawah mekanisme baharu penetapan harga minyak mingguan.
Harga petrol RON95 turun enam sen kepada RM2.21 seliter berbanding RM2.27 minggu lepas; petrol RON97 turun lima sen kepada RM2.49 berbanding RM2.54 seliter minggu lepas; manakala diesel turun tujuh sen kepada RM2.14 berbanding RM2.21 seliter minggu lepas.
Harga baharu petrol dan diesel ini berkuat kuasa jam 12.01 pagi Khamis dan kekal hingga 3 Mei, 2017.
Harga baru itu disahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi akaun Twitternya.

Harga Runcit Produk Petroleum (27 April 2017 - 3 Mei 2017)#CaringMinistry #PenggunaBijak #negaraku #petroleum #ron95 pic.twitter.com/tZz8t6hgWV

— mykpdnkk (@mykpdnkk) April 26, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#diesel #harga minyak #KPDNKK #petrol #RON95 #RON97 #turun