Harga petrol, diesel naik pada minggu pertama bulan Mac

Astro Awani
Februari 28, 2018 10:16 MYT
Harga baharu bahan bakar terbabit akan berkuat kuasa dari 1 Mac 2018 sehingga 7 Mac 2018.
Harga runcit bahan bakar petrol RON 95, RON 97 dan diesel menunjukkan kenaikan pada minggu pertama bulan Mac.
Harga runcit bahan api petrol RON 95 naik tiga sen kepada RM2.20 seliter bermula tengah malam ini.
Sementara RON 97 pula naik empat sen kepada RM2.47 seliter.
Manakala harga runcit diesel pula naik lima sen kepada RM2.18 seliter.
Menurut laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga baharu bahan bakar terbabit akan berkuat kuasa dari 1 Mac 2018 sehingga 7 Mac 2018.
#diesel #Harga bahan bakar #KPDNKK #petrol #RON95 #RON97