Harga petrol, diesel naik mulai 9 Nov

Astro Awani
November 8, 2017 18:25 MYT
Harga semua produk bahan api petrol dan diesel bagi minggu ini mencatat kenaikan. -Gambar fail
Harga semua produk bahan api petrol dan diesel bagi minggu ini mencatat kenaikan.
Harga RON95 naik 7 sen kepada RM2.31 seliter dari RM2.24, manakala RON97 naik 6 sen kepada RM2.60 seliter daripada RM2.54.
Sementara itu, harga diesel yang sebelum ini berada pada harga RM2.17 naik 3 sen kepada RM2.20.
Harga baharu itu yang dipamer di akaun Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebentar tadi akan berkuat kuasa tengah malam ini hingga 15 November 2017.
#diesel #Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan #KPDNKK #petrol #RON95 #RON97
;