Harga petrol, diesel naik bermula 18 Mei

Astro Awani
Mei 17, 2017 09:44 MYT
Harga baharu petrol dan diesel ini akan berkuat kuasa tengah malam ini dan kekal hingga 24 Mei. -Gambar fail
Harga runcit bahan api petrol dan diesel minggu ini menyaksikan kenaikan setelah mengalami penurunan selama tiga minggu berturut-turut.
Harga petrol RON95 naik 7 sen kepada RM2.08 seliter, RON97 naik 7 sen kepada RM2.36, manakala diesel pula naik 4 sen kepada RM1.99.
Harga baharu petrol dan diesel ini akan berkuat kuasa tengah malam ini dan kekal hingga 24 Mei.
#bahan api #diesel #harga mingguan #petrol #RON95 #RON97