Harga petrol, diesel naik 2 sen

Astro Awani
Mac 21, 2018 10:04 MYT
Harga baharu ini berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga 28 Mac 2018. -Gambar hiasan
Harga runcit bahan bakar RON95, RON97 dan diesel naik 2 sen masing-masing kepada RM2.20, RM2.47 dan RM2.18.
Harga baharu bahan bakar terbabit akan berkuat kuasa 22 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018.
Harga mingguan baharu itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di akaun Facebook rasminya pada Rabu.
#diesel #harga minyak #KPDNKK #minyak #RON95 #RON97