Harga petrol, diesel naik 10 sen mulai tengah malam ini

T K Letchumy Tamboo
Mei 31, 2015 20:57 MYT
Harga petrol dan diesel akan mengalami kenaikan sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini. -Gambar fail
Harga runcit petrol dan diesel akan mengalami kenaikan sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini.
Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di laman Facebook rasminya, harga runcit baharu bagi RON95 adalah RM2.05 seliter, RON97 RM2.35 seliter, dan diesel RM2.05 seliter.
Harga petrol dan diesel sebelum ini tidak berubah selama dua bulan berturut-turut iaitu pada bulan April dan Mei.
Kali terakhir harga petrol dan diesel dinaikkan adalah pada bulan Mac.
#minyak #naik #RON95 #RON97
;