Harga petrol, diesel kekal untuk enam minggu

Astro Awani
Mei 2, 2018 18:12 MYT
Harga runcit mingguan baharu ini berkuat kuasa tengah malam ini hingga 9 Mei ini.
Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu ini kekal, menjadikan harganya tidak berubah untuk enam minggu berturut-turut.
Menurut laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini harga runcit mingguan RON95 kekal pada RM2.20 seliter, RON97 (RM2.47 seliter) dan diesel (RM2.18 seliter).
Harga runcit mingguan baharu ini berkuat kuasa tengah malam ini hingga 9 Mei ini.
#bahan api #diesel #harga #minyak #petrol #RON95 #RON97
;