Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 23-29 Mac

Bernama
Mac 22, 2023 17:40 MYT
Harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 23 hingga 29 Mac.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).
"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak dunia, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk berkenaan meningkat melebihi harga siling semasa," menurut kenyataan itu.
Menurut MoF kerajaan akan terus memantau harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
#harga minyak #harga petrol minggu ini #RON97 #RON95